fbpx
Barisan pemenang yang menerima anugerah masing-masing pada majlis penyampaian anugerah PC.com Reader's Choice baru-baru ini.

PC.com Reader’s Choice sambut ulang tahun ke-25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz telah menerima Lifetime Achievement Award atas tiga dekad perkhidmatannya pada majlis penyampaian anugerah PC.com Reader’s Choice di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.

Turut dinobatkan adalah  Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib, yang menerima anugerah Healthcare CEO of the Year dan usahawan serta selebriti,  Datuk Aliff Syukri menerima  E-Commerce Entrepreneur of the Year Award.

Ini adalah tahun ke-25 majlis ulang tahun penganjuran PC.com Reader’s Choice dan ia diraikan dengan tema ‘The Dawn of AI’.

Menurut, Pengarah Urusan Reach Publishing, Selva Rajan, Anugerah PC.com terus mencerminkan suara pengguna Malaysia dan menjadi penanda aras kredibiliti jenama dan inovasi.

“Sempena ulang tahun ke-25 ini, tepat masanya untuk kita menyerlahkan peranan transformasi kecerdasan buatan dalam memperkasa masa depan
digital negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian anugerah tersebut di sini baru-baru ini.

Buat julung kalinya, majlis ini turut menampilkan BusinessToday Industry Choice Awards yang
menggabungkan dua pengiktirafan berprestij dalam satu malam penuh gemilang ala Oscars.

Acara bersejarah ini menghimpunkan tokoh industri, eksekutif korporat, pegawai kerajaan, serta pempengaruh bagi meraikan inovasi, kecemerlangan, dan individu yang menjadi nadi kejayaan teknologi dan industri bisnes.

Tahun ini juga terdapat lebih 250 pencalonan diterima merangkumi 70 kategori meliputi telefon pintar,telekomunikasi, permainan digital, dan inovasi berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Undian Readers’ Choice Awards dijalankan di seluruh negara melalui platform dalam talian, mediasosial, dan siri jelajah, dengan lebih 36,000 pembaca mengambil bahagian.

Secara keseluruhannya terdapat, 60 pemenang membawa pulang trofi berprestij yang menjadi simbol kredibiliti, inovasi, dan kepercayaan pengguna.

Pemenang lain untuk pelbagai kategori yang dipertandingkan adalah Asia Pacific University (APU) memenangi tiga anugerah termasuk Best AI University, Sunway University diiktiraf sebagai Best Employability University manakala City University diumumkan sebagai Emerging University.

Selain itu, CelcomDigi dan Telekom Malaysia masing-masing membawa pulang empat
anugerah.

Antara pemenang lain adalah Touch ’n Go, E Tech, LHDN, OKI, MDEC, LGMS, Kaspersky, Worldwide Holdings, Sime Darby Property, KPJ Healthcare, Kyocera, Softsys, AEON, LBS, MGB, XOX, JAC Motor, TNB, dan Epson. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI