fbpx
MUHAMMAD Arash (depan kanan) pada pengebumian jenazah bapanya di Tanah Perkuburan Islam Pekan Baru di Kuala Ketil, Baling hari ini.

‘Itulah pelukan terakhir arwah’ – Ibu Koperal Mohd. Ruzaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – “Arwah anak peluk saya dengan erat sekali dan kata adik sayang mak, itulah ungkapan yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”

Demikian kata Zuraidah Ismail, 59, ibu kepada Koperal Mohd. Ruzaini Md. Shariff, 32, yang terkorban dalam kemalangan trak tentera di Kilometer 257 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Perak pada petang semalam.

Menurutnya, ungkapan tersebut diucapkan anak bongsu daripada empat beradik itu ketika singgah di rumahnya di Taman Permai Jaya di Kuala Ketil, di sini minggu lalu.

“Arwah sempat mandi dan menjamah sedikit makanan di rumah. Dia nampak sedih ketika hendak meninggalkan saya dan bapanya.

“Sebelum keluar rumah, arwah peluk dan mengungkapkan perkataan itu sambil berpesan supaya saya jangan lupa makan ubat dan reda dengannya yang perlu menyambung kerja seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baharu di Kuala Ketil, hari ini.

Kata Zuraidah, arwah juga seperti enggan melepaskan pelukannya.

“Rupa-rupanya itu adalah pelukan terakhir arwah, namun apapun saya reda dengan pemergiannya dan berdoa anak saya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” ujarnya.

Terdahulu, jenazah Mohd. Ruzaini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Baharu, Kuala Ketil kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI