fbpx
Antara gambar yang dikongsi oleh Khaled di laman Thread.

‘Duduk di pantai Gaza sejak pagi menunggu flotila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Jika mereka tidak sampai, apa yang saya perlu beritahu kepada keluarga saya?.”

Itu persoalan diungkapkan oleh seorang rakyat Palestin yang setia menantikan ketibaan konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di pantai Gaza.

Menurut hantaran lelaki itu yang dikenali sebagai Khaled di Thread, dia bersama keluargnya telah menunggu di pantai Gaza sejal awal pagi bagi menyambut ketibaan konvoi GSF.

“Saya dan keluarga saya telah duduk di pantai Gaza sejak pagi menunggu flotila.

“Jika ia tidak sampai, apa yang akan saya beritahu keluarga saya? Beritahu saya,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, lelaki tersebut turut meluahkan perasaan sedih selepas mengetahui beberapa kapal konvoi tersebut telah dipintas oleh rejim zionis.

“Saya masih menunggu GSF dengan penuh harapan. Hati saya berat apabila mengetahui bahawa beberapa bot telah dipintas. Tetapi kami tetap teguh, menunggu di pantai Gaza, berdoa agar mereka sampai kepada kami dengan selamat.

“Seperti yang anda lihat, masih tiada bot kelihatan,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna termasuk rakyat Malaysia meminta agar rakyat Palestin terus sama-sama berdoa agar sebahagian daripada konvoi tersebut selamat tiba di Gaza.

“Salam saudara, harapan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang GSF terletak pada anda sekarang. Sesetengah kapal tidak dapat dikesan manakala Mikeno telah dilaporkan sebagai yang paling dekat untuk menghubungi anda. Kakak kami Ardell dari Malaysia, berada di bot itu. Jika dia berjaya tiba di sana, tolong lindungi dia dalam apa jua keadaan,” kata Dayang.

“Kami juga menunggu mereka tiba di sana dengan selamat. Sila maklumkan kepada kami jika mereka tiba kerana kini kami tidak lagi menerima sebarang berita,” kata Raisya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiga lagi sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ditahan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI