fbpx
Dr. Dzulkefly (tengah) sedang melihat buku Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan pada pelancaran itu. Foto ABDUL RAZAK IDRIS/ KOSMO!

5,617 kes risiko kerja libatkan petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sebanyak 5,617 kes kemalangan serta penyakit pekerjaan membabitkan petugas kesihatan direkodkan di seluruh negara pada tahun lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut didapati 2,836 kes melibatkan kemalangan di tempat kerja dan semasa berulang-alik dan 1,687 kes kecederaan tusukan jarum.

Katanya, penyakit pekerjaan termasuk dermatitis, tuberkulosis dan kehilangan pendengaran akibat bunyi bising turut dilaporkan melibatkan petugas kesihatan.

“Fakta ini bukti jelas bahawa petugas kesihatan sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko di tempat kerja, tetapi boleh dicegah dan dikawal melalui pengurusan kesihatan pekerjaan yang berkesan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Sambutan Seminar serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2025 selain melancarkan Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan di Institut Kesihatan Negara di sini, hari ini.

Jelas Dr. Dzulkefly, antara syarat penting bagi memastikan pengurusan kesihatan pekerjaan berjalan dengan baik ialah penyediaan perkhidmatan khusus untuk petugas kesihatan.

“Garis panduan itu menjadi tonggak penting dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan pekerjaan serta berfungsi sebagai rujukan komprehensif bagi melindungi hampir 300,000 warga kerja KKM yang terdedah kepada risiko biologi, kimia, fizikal, ergonomik dan psikososial,” katanya.

Beliau berkata, keupayaan Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan (PKP) di KKM kini meliputi 61 fasiliti kesihatan di seluruh negara, dengan 57 fasiliti menempatkan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) bagi melaksanakan fungsi utama perkhidmatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI