fbpx
GAMBAR fail bertarikh 17 September 2014 menunjukkan seorang wanita memegang risalah maklumat Kementerian Kesihatan mengenai virus Ebola di Kinshasa. - AFP

42 maut wabak Ebola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINSHASA – Wabak Ebola yang diisytiharkan di Republik Demokratik Congo (DRC) pada awal September lalu menyebabkan 42 kematian daripada 64 kes yang disahkan, namun risiko ia merebak di rantau itu sederhana, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam. 

Ketua WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus menyiarkan pada platform X bahawa sehingga kini,  64 orang disahkan menghidap Ebola di DRC, di mana 42 meninggal dunia.

WHO menganggarkan risiko penyebaran lebih tinggi pada peringkat kebangsaan tetapi sederhana di rantau yang lebih luas.

Tambahnya, wabak itu didorong oleh peralatan perlindungan tidak mencukupi serta pengesanan kontak tidak lengkap, pengesanan lewat dan amalan pengebumian yang tidak selamat.

Menurut WHO, mobiliti penduduk yang tinggi di negara dengan lebih daripada 100 juta orang itu, ditambah dengan kebergantungan kepada pakar perubatan tradisional,  telah meningkatkan risiko penyebaran.

Mula dikenal pasti pada tahun 1976 dan dianggap disebarkan oleh kelawar, Ebola adalah penyakit virus maut yang disebarkan melalui sentuhan langsung dengan cecair badan pesakit. Ia boleh menyebabkan pendarahan teruk dan kegagalan organ.

Demam berdarah yang sangat mudah berjangkit itu telah membunuh kira-kira 15,000 orang di Benua Afrika sejak 50 tahun lalu.

Wabak Ebola paling berdarah di DRC berlaku antara 2018 hingga 2020, dengan membunuh hampir 2,300 orang.

WHO menganggarkan kadar kematian bagi wabak itu pada masa ini adalah 45.7 peratus berbanding antara 25 peratus hingga  90 peratus pada penularan sebelumnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI