fbpx
Sivanesan menunjukkan kertas pembentangan larangan lesen penjualan rokok elektronik atau vape dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini. Foto oleh FADZIL ZAINOL / KOSMO!

Perak larang pengeluaran lesen jual vape bermula 1 Januari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perak akan mengharamkan pengeluaran lesen menjual rokok elektronik atau vape berkuat kuasa 1 Januari 2026 dalam usaha negeri itu membasmi penyalahgunaan dan ketagihan nikotin.

Mulai tarikh itu, sebarang lesen baharu penjualan vape tidak akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri, manakala lesen sedia ada yang akan luput selepas 1 Januari tidak akan diperbaharui setelah tamat.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, langkah itu penting demi melindungi kesihatan rakyat khususnya generasi muda daripada ancaman bahaya vape.

Katanya, berdasarkan statistik situasi semasa di Perak, trend jumlah pengguna vape meningkat daripada 53,086 orang kepada 69,788 orang dari tahun 2019 hingga 2023.

Malah katanya, peratusan perokok vape dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun telah meningkat daripada 8.5 peratus kepada 10.5 peratus.

“Vape yang sering dipasarkan dengan perisa menarik bukan sahaja boleh menjadi pintu masuk kepada tabiat merokok. Malah berpotensi disalahgunakan dengan campuran bahan terlarang seperti dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Sivanesan, langkah itu juga menjadikan Perak sebagai negeri keenam melaksanakan peraturan seperti itu selepas Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis dan Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN