fbpx
VITINHA (kanan) terpaksa disisihkan menentang Barcelona disebabkan kecederaan otot. - AFP

Juara Eropah dihantui kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) berdepan tugas cukup mencabar untuk mengekang Barcelona yang kini dilihat berada pada momentum terbaik mereka.

Ini disebabkan masalah kecederaan yang menghantui kem PSG dengan terbaharu duo berpengaruh iaitu bintang tengah, Vitinha dan pemain sayap lincah, Khvicha Kvaratskhelia mengalami kecederaan.

Vitinha yang meraih tempat ketiga Ballon d’Or baru-baru ini dikeluarkan di hujung babak pertama sebelum nasib sama menimpa Kvaratshkhelia kerana masalah otot ketika menang 2-0 ke atas Auxerre hujung minggu lalu.

Ia bermakna juara Piala Super Eropah itu mungkin terpaksa menyisihkan dua pemain tersebut menentang Barcelona untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah di Estadi Olimpic Lluis Companys awal pagi esok.

“Saya tiada kata-kata dan perlu menunggu laporan perubatan dahulu. Kemudian baru kami boleh sahkan tahap kecederaan yang dialami mereka berdua.

“Sekarang kami perlu kekal positif untuk cuba menangani situasi getir ini (masalah kecederaan). PSG antara pasukan yang amat terkesan ketika ini,” kata ketua jurulatih PSG, Luis Enrique.

PSG sudah pun kehilangan khidmat pemenang Ballon d’Or tahun ini, Ousmane Dembele dan dua tunjang utama ketika menjuarai UCL musim lalu, Joao Neves serta Desire Doue kerana kecederaan.

Lebih memburukkan keadaan apabila bek tengah yang juga kapten PSG, Marquinhos untuk aksi menentang Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI