fbpx
Muhammad Kifli ketika sidang akhbar di Stesen Penguatkuasa Kalumpang hari ini. Foto oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM / KOSMO!

Budi95 galak pesalah trafik jelaskan saman, RM1.3 juta sehari dikutip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) memberi kesan langsung terhadap pesalah trafik apabila ramai yang sebelum ini culas melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhirnya tampil menyelesaikannya.

Berdasarkan syarat program itu, hanya rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati subsidi petrol RON95.

Tunggakan saman pula akan menyekat pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, semalam sahaja pihaknya berjaya mengutip bayaran saman berjumlah RM1.3 juta hasil penyelesaian 8,300 notis saman oleh pesalah trafik.

Katanya, ini termasuk atas kesalahan memandu melebihi had laju yang direkodkan dibawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

“Bagi tempoh lapan bulan sehingga semalam, JPJ telah merekodkan kutipan saman keseluruhan sebanyak RM132 juta,” katanya ringkas pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Inisiatif Budi95 dengan harga petrol RON95 RM1.99 seliter bermula pada 27 September lalu melibatkan kira-kira 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seramai lima juta penerima STR menikmati manfaat sama pada keesokan harinya sebelum diperluaskan kepada 16 juta rakyat Malaysia yang layak bermula semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI