PETALING JAYA – Aktiviti dron dilaporkan meningkat di atas kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Global Sumud Flotilla menerusi akaun rasmi Instagram.
“Kami berada dalam keadaan berjaga-jaga. Aktiviti dron meningkat di atas flotila.
“Beberapa laporan menunjukkan senario berbeza yang berlaku dalam beberapa jam akan datang,” menurut hantaran berkenaan sebentar tadi.
Dalam masa sama, kapal-kapal sukarelawan Global Sumud Flotilla juga telah memasuki ke zon berisiko tinggi.
“Kami kini telah memasuki zon berisiko tinggi, kawasan di mana flotila sebelum ini telah diserang atau dipintas. Kekal berwaspada,” kata Global Sumud Flotilla. – KOSMO! ONLINE