INDUSTRI penternakan moden kini melangkah jauh dengan penerapan teknologi robotik yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan, tetapi mampu menjamin kesejahteraan haiwan. Inovasi kandang lembu berkonsepkan robotik yang diperkenalkan oleh syarikat penternakan Belanda iaitu Lely menjadi simbol transformasi teknologi masa kini. Malah, syarikat itu turut menjadi antara pelopor dalam memperkenal sistem robotik pemerahan susu komersial pertama dunia. Syarikat penternakan Lely diasaskan pada tahun 1948 di Maassluis bermula sebagai kandang biasa dan kini terus optimis dalam meningkatkan kualiti hasil ternakan bermutu tinggi saban……