fbpx
Burchett percaya bahawa makhluk asing telah menetap di dasar laut sejak beribu-ribu tahun. - EPA

Wakil rakyat Amerika dedah UFO bersembunyi di dasar laut ribuan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Ahli Kongres Tim Burchett mendakwa bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) bersembunyi di beberapa pangkalan makhluk asing di dasar laut di luar pantai Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Pemantauan Dewan Perwakilan yang meneliti laporan penampakan UFO.

Burchett malah berkata, UFO telah menetap di dasar laut sejak beribu-ribu tahun lalu. 

Dalam temu bual bersama pengkaji makhluk asing dan penerbit dokumentari dikenali sebagai Red Panda Koala, Burchett memberitahu, terdapat beberapa penampakan UFO di sekitar lima atau enam kawasan dasar laut. 

“Seorang anggota tentera laut memberitahu bahawa dia dan beberapa askar lain melihat UFO bergerak di dalam laut. UFO. Kapal makhluk asing mencatatkan kelajuan beratus-ratus kilometer batu sejam. 

“Sedangkan kapal selam terbaik kami memiliki kelajuan cuma 65 kilometer sejam. 

“Saya mempunyai banyak persoalan mengenai perkara ini,” kata Burchett. 

Di sebalik dakwaan tersebut, tiada bukti jelas boleh disahkan seperti artifak atau rakaman jelas penampakan UFO tidak  didedahkan kepada umum. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI