fbpx
TUANKU Syed Faizuddin (dua dari kiri) merasmikan pejabat baharu CIDB Perlis di sini hari ini.

Pemain industri pembinaan dititah kuasai teknologi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemain industri pembinaan di negeri ini diseru memanfaatkan sepenuhnya program, latihan dan peluang disediakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersama Kerajaan Persekutuan.

Baginda bertitah, para kontraktor, perunding dan pelajar perlu menguasai teknologi baharu dan mengadaptasi pendekatan digital agar lebih berdaya saing

“Marilah kita bersama-sama memperkukuh daya saing, mengadaptasi teknologi baharu serta mendokong aspirasi pendigitalan negara. Usaha itu penting supaya industri pembinaan Perlis dapat terus maju seiring dengan negeri-negeri lain,” titah baginda.

Menurut baginda, pejabat baharu CIDB Negeri Perlis diyakini menjadi pemangkin dalam meningkatkan mutu kerja, memperkukuh penguatkuasaan serta memperluas program TVET.

“Gunakanlah kemudahan moden ini untuk mendokong transformasi digital industri pembinaan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN