fbpx
Pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian dan menangkap biawak tersebut. - Bangkok Post

Pelanggan bertempiaran lihat biawak dalam restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seekor biawak mencetuskan kekecohan di sebuah restoran di wilayah Nakhon Ratchasima apabila ia merangkak di dinding, menyebabkan pelanggan lari bertempiaran, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian pada 24 September lalu, reptilia itu pada awalnya dilihat seorang pelanggan ketika restoran berkenaan baru sahaja dibuka.

Pelanggan tersebut mendengar bunyi aneh dari dinding sebelum melihat biawak itu merangkak dan cuba memasuki premis.

Menurut pemilik restoran, biawak itu dipercayai masuk ke dalam premis melalui paip saliran sebelum merangkak di dinding. 

“Mujurlah tidak ramai pelanggan pada masa itu, jadi kami dapat mengelak adegan huru-hara,” kata pemiliknya.

Pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian dan menangkap biawak tersebut sebelum ia dilepaskan semula ke habitat semula jadinya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN