fbpx
SALAH satu demonstrasi paling mencuri perhatian melibatkan penggunaan meriam plasma khas yang melepaskan haba melampau dan letupan tekanan tinggi ke arah peranti.

HONOR X9d 5G kini telah tiba, ciri tahan lasak dan prestasi dipertingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HONOR kini menjadi jenama pengeluar telefon pintar yang pantas berkembang dengan menghasilkan peranti yang dilengkapi dengan inovasi teknologi terkini dan memiliki ketahanan yang mengagumkan.

Siri HONOR X merupakan peranti yang direka dengan ciri-ciri tersebut dan bermula dengan HONOR X9b, ia menduduki carta sebagai telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut

Dengan ketahanan yang kukuh serta nilai yang luar biasa, siri HONOR X digelar sebagai ‘Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia’, menggambarkan daya tarikannya yang meluas.

Dalam pada itu, HONOR terus menghasilkan telefon pintar yang memiliki ciri ketahanan yang menakjubkan dan itu dapat dilihat pada HONOR X9d 5G yang baru dilancarkan.

Peranti ini juga telah membuat penampilan mengejut di perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ini. 

Malah, sebelum itu HONOR X9d 5G juga telah menarik perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa satu acara eksklusif.

HONOR X9d menarik perhatian Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah ketika pratonton telefon pintar itu tersebut dalam satu acara.

Ditawarkan pada harga bermula daripada RM1,499, HONOR X9d 5G kini dibuka untuk pra tempahan sehingga 9 Oktober ini. 

Lebih menarik, pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh tersebut akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,146, termasuk tablet HONOR Pad X7.

Sebagai telefon terkini dalam siri X, HONOR X9d 5G juga merupakan peranti pertama meraih Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS eksklusif industri, yang menggabungkan ketahanan terhadap jatuhan, air dan habuk.

Bukan itu sahaja, HONOR juga telah menguji peranti ini melalui siri ujian tekanan ekstrim semasa pratonton media eksklusif. 

Salah satu demonstrasi paling mencuri perhatian melibatkan penggunaan meriam plasma khas yang melepaskan haba melampau dan letupan tekanan tinggi ke arah peranti, mensimulasikan situasi jauh melebihi keadaan sebenar. 

Walaupun menerima hentaman hebat, telefon pintar ini kekal berfungsi sepenuhnya tanpa kerosakan yang kelihatan.

HONOR X9d 5G kini dibuka untuk pra tempahan sehingga 9 Oktober ini.

Dalam ujian lain, skrin peranti dikenakan hentaman terus daripada pistol paku udara gred industri serta pistol stapler tugas berat. 

Ketika paku bertalu-talu mengenai permukaan paparan, HONOR X9d 5G tidak menunjukkan sebarang tanda retak atau rosak. 

Sebaliknya, tin minuman ringan dan kaca terbaja yang digunakan dalam ujian sama jelas mengalami kerosakan, menonjolkan kekuatan serta integriti struktur peranti ini.

Ketahanan sentiasa menjadi DNA siri X dan HONOR X9d 5G membawanya ke tahap yang lebih tinggi. 

Ia mempunyai kaca tahan pecah ultra-dalam dengan paparan rata meningkatkan ketinggian rintangan jatuh yang diperakui bagi HONOR X9d daripada 2 meter kepada 2.5 meter.

Untuk peranti ini, HONOR memperkenalkan reka bentuk struktur baharu yang diilhamkan oleh teknologi kalis peluru, menampilkan kerangka enam lapisan penyerap hentakan.

Dalam pada itu, HONOR X9d adalah telefon pintar pertama yang turut menawarkan pensijilan IP69K. 

Ia mampu menahan semburan air bersuhu tinggi dan tekanan tinggi, serta bertahan tenggelam di dalam air sedalam satu meter sehingga sebulan.

Skrin peranti dikenakan hentaman terus daripada pistol paku udara gred industri untuk diuji ketahanannya.

Selain itu, ia menyokong kawalan AI Heavy Rain Touch dan AI Glove Touch Control yang memastikan skrin kekal responsif dalam keadaan basah atau semasa memakai sarung tangan.

Meskipun disokong oleh keyakinan tinggi terhadap ketahanannya, HONOR menawarkan pelan perlindungan tiga kali ganda yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Ia merangkumi perlindungan retakan depan dan belakang selama 365 hari, jaminan kerosakan cecair selama satu tahun, serta lanjutan waranti selama satu tahun.

Pelan perlindungan ini pasti memberikan ketenangan tambahan kepada pelanggan.

Selain dibina dengan ketahanan yang cukup tahan lasak, HONOR X9d juga turut didatangkan dengan inovasi teknologi terkini.

Peranti ini mempunyai kapasiti bateri berkapasiti mengagumkan iaitu sebesar 8,300mAh.

Ini menjadikannya kapasiti terbesar di pasaran pada ketika ini dan mampu memberikan sehingga tiga hari penggunaan berterusan. 

Dilengkapi dengan 66W HONOR SuperCharge, peranti ini dapat mengecas semula bateri besar dengan pantas.

Ketahanan sentiasa menjadi DNA siri X dan HONOR X9d 5G membawanya ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, ia turut  menyokong pengecasan berbalik berwayar 7.5W, membolehkan peranti ini berfungsi sebagai power bank mudah alih untuk peranti lain apabila diperlukan.

Peranti ini juga hadir dengan paparan terbaik dalam kelasnya.

Dengan penggunaan Deuterated Organic Light-Emitting Materials baharu, HONOR X9d menawarkan kecerahan puncak setinggi 6000nits, ii memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik dan sesuai untuk kegunaan luar.

Dalam masa yang sama, HONOR X9d 5G menjadi peranti terbaik untuk pengguna yang suka merakam gambar kerana ia hadir dengan  Kamera Ultra-Sensing 108MP yang menampilkan sensor 1/1.67 inci untuk menangkap butiran jelas dan nyata dalam apa jua keadaan pencahayaan. 

Selain itu, peranti ini juga membawakan pelbagai alat pengimejan AI yang berkuasa termasuk AI Eraser, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale, dan AI Remove Reflection yang membolehkan pengguna menyempurnakan imej mereka dengan serta-merta. 

HONOR X9d 5G membawakan audio telefon pintar ke tahap lebih tinggi dengan sistem dwi pembesar suara bass baharu, yang memberikan peningkatan volum sebanyak 400 peratus berbanding model terdahulu. 

Sama ada bermain, menonton filem, atau membuat panggilan, pengguna kini boleh menikmati kuasa audio yang lebih imersif dan mengasyikkan

Selain dibina dengan ketahanan yang cukup tahan lasak, HONOR X9d juga turut didatangkan dengan inovasi teknologi terkini.

Nadi kepada HONOR X9d 5G ialah set cip Snapdragon 6 Gen 4 yang berkuasa dan  memberikan peningkatan prestasi GPU sebanyak 29 peratus dan CPU sebanyak 11 peratus. 

Melalui penjadualan sumber sistem berasaskan AI, ia menjamin operasi yang lancar tanpa sangkut selama enam tahun.

Malah, HONOR X9d juga dilengkapi dengan sistem penyejukan HONOR VC Ice Cooling System, peranti ini kekal sejuk dan mantap walaupun dalam penggunaan yang intensif.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI