fbpx
KAPTEN Chelsea, Reece James (kanan) cuba memprotes keputusan pengadil melayangkan kad merah kepada Chalobah kelmarin. - AFP

EPL: Kad merah punca Chelsea kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca memberi kata dua dan menggesa pemainnya supaya tidak bersikap terlalu bermurah hati memberikan ‘hadiah’ kepada pasukan lawan.

Komen itu diluahkan Maresca selepas menyaksikan pasukannya sekali lagi menamatkan perlawanan dengan 10 pemain ketika tewas 1-3 kepada Brighton di Stamford Bridge kelmarin.

Ketika menentang Manchester United minggu lalu, penjaga gol, Robert Sanchez dilayangkan kad merah di awal perlawanan dan kali ini giliran pertahanan tengah, Trevoh Chalobah menerima hukuman sama hingga memberikan kesukaran kepada rakan sepasukan.

“Mesej yang diberikan dalam bilik persalinan adalah cukup jelas, di Liga Perdana Inggeris (EPL) kami tidak boleh berikan ‘hadiah’ kepada mana-mana pasukan yang kami berhadapan.

“Tetapi kami melakukannya dalam perlawanan ini. Kad merah adalah kesilapan besar kerana selepas itu, secara keseluruhannya permainan pasti akan berubah,” katanya.

Terdahulu, Chelsea membuka jaringan menerusi Enzo Fernandez namun selepas itu, Brighton yang memiliki kelebihan seorang pemain kembali bangkit dan menyaksikan Danny Welbeck menghasilkan dua gol diikuti satu daripada Maxim De Cuyper.

Pengurus Brighton, Fabian Hurzeler memuji kebangkitan yang dijelmakan pasukannya dan turut mengakui kad merah diraih Chelsea turut membantu kemenangan The Seagulls kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI