fbpx
Kah Woh tengah menyempurnakan gimik pada Majlis Pecah Tanah bagi Pembinaan Blok Pendidikan Khas SJKC Chung Tack Kg Simee, Ipoh hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

Bakal guru digalak pilih opsyen pendidikan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bakal guru dipelawa menjadikan pendidikan khas sebagai pilihan pengajaran mereka dalam usaha kerajaan mengatasi isu keperluan guru dalam bahagian pendidikan khas.

Ketika ini bilangan guru pendidikan khas adalah lebih 10,300 orang namun kadar pengisian jawatan hanya sekitar 90 peratus.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kementeriannya meletakkan unjuran bilangan guru pendidikan khas dan mengharapkan bidang itu dipilih sebagai satu laluan kerjaya warga pendidik.

“Dalam masa beberapa tahun ini kita giat mempertingkatkan kesedaran anak-anak kita yang hendak menjadi guru, bahawa selain daripada memilih subjek-subjek yang digemari seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Yang sama penting juga adalah opsyen guru pendidikan khas. Kita mempunyai satu keperluan yang amat tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran pecah tanah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Tack di sini hari ini.

Kah Woh berkata, ketersediaan dari segi jawatan guru pendidikan khas juga menjadi satu daripada kriteria utama pembinaan kelas PPKI di negara ini selain faktor permintaan setempat dan ketersediaan fasiliti.

“Kita sememangnya berharap bahawa bakal-bakal guru kita juga memilih opsyen pendidikan khas sebagai satu laluan kerjaya mereka.

“Sudah tentu semua opsyen subjek mata pelajaran lain kita perlu tetapi bagi pendidikan khas ini, kita nampak satu peningkatan dari segi permintaan yang begitu tinggi. Kita berharap guru-guru kita atau bakal guru turut memilih opsyen ini sebagai sebahagian daripada hala tuju dan juga landasan mereka di sekolah,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI