fbpx
PENGENDALI Machida Zelvia, Go Kuroda (kanan) pada sidang media pra perlawanan, hari ini.

ACLE: Tiga mata tetap jadi buruan Machida Zelvia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Pengendali Machida Zelvia, Go Kuroda mahu mempersembah gaya permainan tersendiri kelab itu pada penampilan pertama dalam saingan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok.

Kuroda, 55, berkata, walaupun hadir sebagai pendatang baharu, Zelvia mahu menjadi pencabar dan melihat sejauh mana kelab Jepun itu mampu melangkah dalam kejohanan peringkat antarabangsa itu.

“Ini adalah pertama kali Machida Zelvia berentap dalam ACLE dan kami teruja untuk bersaing dalam kejohanan terbesar di rantau ini. Kami menjangkakan pertembungan sengit memandangkan ini aksi pertama di tempat lawan.

“Bagaimanapun, sudah menjadi fokus kami untuk menunjukkan gaya permainan kami di mata dunia, kami tidak akan mengubah gaya permainan dan mahu buktikan kemampuan Machida,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Bekas guru Aomori Yamada High School itu menjelaskan misi pasukannya adalah memburu tiga mata pertama setelah sekadar seri 1-1 pada aksi pembukaan menentang kelab Korea Selatan, FC Seoul, 16 September lalu.

Kuroda tidak mahu terlalu memikirkan tentang situasi dihadapi JDT sebaliknya fokus utamanya adalah menyediakan skuad terbaik bagi memastikan kemenangan.

“Kami maklum mengenai penggantungan pemain JDT itu dan bersimpati dengan nasib mereka. Kami juga ada pemain tidak dapat diturunkan seperti Neta Lavi yang dibelenggu kecederaan.

“Situasi dialami skuad Harimau Selatan itu tidak akan menguntungkan kami dan ia tidak mengubah perancangan kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN