fbpx
Mohd. Shafry meninjau pendaftaran pelajar baharu pada Program Minggu Mesra Mahasiswa 2025 di UTM Skudai, Johor Bahru.

UTM rekod kebolehpasaran 100 peratus, tiada program lelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengukuhkan kedudukan sebagai salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka negara dengan merekodkan kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus tahun lalu.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, pencapaian memberangsangkan itu turut membabitkan bidang kritikal dalam jurusan sains, kejuruteraan dan teknologi.

Beliau berkata, kejayaan tersebut juga sekali gus menolak pandangan segelintir pihak mengenai isu kursus tidak laku atau kursus lelong, ditawarkan universiti berkenaan.

“Jadi, saya nak tekankan di sini, tiada program lelong di UTM seperti yang didakwa di luar sana. Pelajar yang mendapat tempat di UTM ini majoritinya pilihan pertama, kedua dan ketiga.

“Walaupun mereka ni nanti masuk rayuan dan masuk kemudian, itu pun atas pilihan mereka sendiri. Kita tidak akan menawarkan kepada mana-mana pelajar yang tidak memilih UTM. Jadi tak ada program lelong,” ujarnya selepas merasmikan Minggu Mesra Mahasiswa 2025 di UTM Skudai, di sini hari ini.

Mohd. Shafry berkata, pencapaian kebolehpasaran itu juga membuktikan pengajian yang ditawarkan di UTM memenuhi keperluan industri semasa.

Tambahnya, pandangan daripada pihak industri turut menjadi rujukan penting dalam penambahbaikan program yang dijalankan secara berkala.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI