JAKARTA – Penduduk di Mamasa, wilayah Sulawesi Barat terkejut apabila menemukan seekor ular sawa gergasi sepanjang 7 meter menelan anak lembu, lapor laman berita Detik.
Penemuan itu berlaku sekitar pukul 8.30 pagi (waktu tempatan) di kawasan hutan Desa Ralleanak Utara, Khamis lalu.
Penghulu dikenali sebagai Dahrul berkata, penduduk tempatan melakukan pencarian selepas seorang penternak mengadu bahawa anak lembu miliknya hilang.
“Anak lembu itu berusia lima bulan. Ia dipercayai ditelan seekor ular sawa.
“Reptilia itu ditemui tidak lama kemudian di kawasan belukar. Perutnya yang kembung menyebabkan ia sukar untuk bergerak,” kara Dahrul.
Penduduk kampung segera menangkap ular itu lalu membunuhnya. – AGENSI