PETALING JAYA – Seekor burung mati berkecai selepas dirempuh seorang penunggang motosikal jenis Suzuki di Raub, Pahang.
Menurut perkongsian di Facebook, penunggang berkenaan, Mohd Zikri berkata, ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal sebelum seekor burung melayang lalu menghentam topi keledarnya.
“Baru lepas kemalangan, mujur saya tak cedera. Tapi kesian dekat burung, terus hancur berkecai. Ceritanya di Raub, tengah tunggang motosikal, dia pun tengah sedap terbang. Dia potong tak tengok atas bawah, terus kena helmet saya. Memercik darah, daging serta bulu-bulu.
“Nak kena cuci bersih dulu semua ni, terpaksa berhenti tepi jalan. Banyak darah dan ada yang kena jaket juga. Maaf burung,” katanya di ruangan kapsyen.
Hantaran Facebook itu menarik perhatian pengguna yang turut bersimpati terhadap penunggang motosikal.
“Allah, Nasib baik pakai topi keledar muka penuh. Semoga dipermudahkan urusan,” komen Don Pitt.
“Alhamdulillah penunggang selamat. Berapa kelajuan tu sampai berkecai isi perut burung tu,” kata Faiz Rayyan.
“Nasib baik bukan topi keledar online. Kalau tak boleh buta mata,” komen Norza Man. – KOSMO! ONLINE