fbpx
Mayat mangsa warga Indonesia yang dijumpai pagi tadi.

Perahu karam: Jasad tiga warga Indonesia ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARATOK – Jasad tiga lelaki warga Indonesia yang hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Krian kelmarin ditemukan pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat seorang daripada mangsa berusia 35 tahun dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira pukul 10.10 pagi.

Mayat dua lagi mangsa berusia 50 dan 41 tahun pula dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 10.15 pagi dan 10.45 pagi.

“Operasi ditutup sepenuhnya hasil perbincangan antara semua agensi yang terlibat memandangkan kesemua mangsa telah dijumpai,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, jasad pertama iaitu pengendali perahu terbabit yang berusia 25 tahun ditemukan oleh pasukan SAR pada pukul 9.37 pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, enam orang selamat manakala empat hilang selepas perahu dinaiki mereka karam ketika menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa.

Kejadian berlaku ketika perahu yang dikendalikan mangsa warga tempatan itu membawa kesemua warga Indonesia terbabit yang bekerja di sebuah syarikat pembinaan dalam perjalanan pulang kerja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI