fbpx
ANWAR ketika berucap pada majlis perasmian TMM 2026 di Encore, Klebang, Melaka.

Penjajah tidak boleh tulis sejarah kita – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan membina sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar, bukannya naratif penjajah atau Barat ketika berucap dalam majlis perasmian Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 di Encore, malam ini.

Beliau berkata, pembinaan semula sejarah negara mesti berasaskan penyelidikan tempatan agar rakyat Malaysia benar-benar memahami warisan dan pencapaian bangsa.

“Tetapi yang istimewa malam ini ialah kisah yang dibentangkan, yang diiktiraf oleh para sejarawan bahawa pembinaan semula sejarah Malaysia tidak boleh ditulis oleh penjajah atau Barat.

“Sejarah mesti mencerminkan fakta sebenar Malaysia dan apa yang rakyat Malaysia harus tahu, berdasarkan fakta dan penyelidikan selama bertahun-tahun seingat saya sejauh 1961 oleh salah seorang ahli sosiologi terkenal kita Profesor Hussein Al-Attas.

“Beliau menulis sebuah karya yang sangat relevan dalam persidangan sejarawan purba di mana beliau berkata kita mahu jujur dengan negara kita, warisan kita dan sejarah kita tidak boleh didikte oleh penjajah, sejarah kita tidak boleh diperhambakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyebut mengenai kepentingan pameran seni dan budaya yang diperlu diadakan bagi memelihara kepelbagaian nilai warisan termasuk produk makanan.

“Jika anda melihat seni dan budaya, anda akan sedar bahawa pameran ini adalah tentang memelihara seni dan budaya, ia berkaitan dengan keharmonian dalam masyarakat dan makanan yang menunjukkan kepelbagaian kita.

“Saya juga memilih Melaka menjadi tuan rumah Tahun Melawat Malaysia 2026 kerana keunikan dan kepentingan sejarah serta budaya negeri ini,” ujarnya.

Tambah Anwar, golongan belia pada hari ini juga dikhuatiri telah lupa dengan kehebatan sejarah negara khususnya pada era Kesultanan Melayu Melaka di mana ia terkenal dengan kemahiran memanah oleh orang Melayu, kecerdikan dalam mempamerkan seni dan kejayaan menjadikannya negeri unik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN