MELAYARI perjalanan sambil menikmati keindahan sungai dan mengenali serba sedikit sejarah Batu Pahat, Johor merupakan antara aktiviti yang perlu dilakukan pelawat apabila berkunjung ke daerah itu . Melalui kemudahan yang telah diperkenalkan sejak tahun lalu itu, setiap pelancong boleh memilih sendiri waktu perjalanan sama ada ingin menikmati suasana pagi, petang atau malam. Pengerusi Tourism Batu Pahat, Qairy Maheran berkata, BP Cruise merupakan inisiatif daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) untuk meningkatkan produk pelancongan dan menghargai keindahan alam semula jadi melalui……