fbpx
LATIF mencipta sensasi tersendiri apabila memperbaharui rekod dunia miliknya dengan catatan 7.67m di New Delhi hari ini.

Latif padam rekod dunia sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly berjaya memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 selepas muncul juara Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 selepas di New Delhi, India hari ini.

Atlet berusia 28 tahun itu mencatat rekod terbaik dengan lompatan sejauh 7.67 meter (m) untuk meraih emas sekali gus memadam rekod 7.64m yang dilakukannya pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

Latif mengakui sangat teruja dengan prestasi peribadi selain mendedikasikan kejayaan kepada keluarganya.

“Saya berpuas hati kerana dapat pecahkan dua rekod pada kali ini (rekod kejohanan dan rekod dunia) di New Delhi.

“Saya dedikasikan kemenangan ini kepada keluarga dan anak saya yang bakal dilahirkan nanti.

“Bukan mudah untuk bahagikan masa dengan keluarga dan latihan tetapi kunci kejayaan kali ini adalah kekal disiplin,” katanya selepas berakhir kejohanan.

Anak jati Kangar, Perlis itu sebelum ini pernah mencipta fenomena tersendiri ketika berjuarai pingat emas temasya Sukan Paralimpik 2016 di Brazil edisi 2020 di Jepun.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut berbangga dengan pencapaian yang dipamerkan oleh Latif untuk menjelmakan pingat emas pertama kontinjen negara pada kejohanan para berprestij itu.

“Datuk Abdul Latif Romly mengekalkan status legenda dengan lompatan 7.67m memecahkan rekod dunia beliau sendiri di Kejohanan Asia Jakarta 2018.

“Inspirasi sebenar disiplin, fokus dan kegigihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN