fbpx
Hantaran poster pada Facebook Sumud Nusantara Official berhubung kapal terbaharu dinamakan Jong Melayu yang akan menempuh pelayaran ke Gaza.

Sumud Flotilla: Kapal Jong Melayu tempuh lautan menuju ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kapal terbaharu milik Sumud Nusantara yang dinamakan Jong Melayu, kini bersedia untuk menempuh baki perjalanan dari Greece menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Sumud Nusantara menerusi hantaran Facebook memaklumkan, inisiatif berkenaan melambangkan tekad dan keberanian rakyat nusantara dalam misi kemanusiaan, membawa mesej solidariti tanpa henti terhadap saudara di Palestin.

“Di bawah pimpinan Pengarah Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, perjalanan ini adalah bukti bahawa usaha kolektif mampu menembusi sekatan demi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Dengan semangat Sumud yang bermaksud keteguhan yang tidak pernah luntur, Jong Melayu menjadi simbol penyatuan rakyat nusantara, membawa suara yang menuntut keadilan serta kebebasan buat Gaza,” menurut hantaran itu hari ini.

Sementara itu, Muhammad Nadir Al-Nuri turut memuat naik hantaran berhubung situasi dihadapi berkenaan misi Global Sumud Flotilla.

“Kapal X1, Essia dan Nusantara tak dapat meneruskan pelayaran kerana kerosakan teknikal. Mereka kembali ke Itali untuk dibaiki dan mungkin mengikuti gelombang kedua.

“Jong Melayu sudah hampir tiba di Greece, tetapi mungkin terpaksa berteduh sementara menunggu puting beliung lalu. Ombak setinggi 2 meter sekarang.

“Gambar kapal X1 setelah mekanik kami baiki dan dipujuk kembali ke pelabuhan atas faktor keselamatan. Tengok video tu, tak ribut pun nak terbalik dah X1,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI