fbpx
Rayyan Shahrizal dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Baling selepas cedera akibat tertusuk besi pengayuh basikal semalam.

‘Rayyan menangis pegang besi terlekat di perutnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang cedera tertusuk besi pengayuh basikal di Baling petang semalam dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Baling.

Emak saudaranya, Siti Nadihah Ujang Kelana,32, berkata, Rayyan Shahrizal, 12, selamat menjalani pembedahan membuang besi yang tertusuk pada perut itu.

“Selepas pembedahan dia muntah dan pening selain mengadu sakit di bahagian perut. Namun selepas beberapa jam keadaannya kembali normal. Dia masih berada di wad pembedahan bagi membersihkan kesan di kawasan luka,” katanya yang dihubungi hari ini.

Menurut Siti Nadihah, kejadian berlaku di hadapan rumah semasa anak saudaranya itu bersama dua anaknya berumur tujuh dan 12 tahun bermain basikal.

“Selesai solat asar, anak sulung saya menjerit beritahu sepupunya terjatuh basikal dan perutnya tertusuk besi. Saya bergegas ke lokasi dan melihat Rayyan menangis menahan kesakitan sambil memegang besi pengayuh basikal yang terlekat di perutnya,” katanya.

Menururlt Siti Nadihah, dia menghubungi ibu mangsa sebelum anggota bomba tiba dan memotong besi itu menggunakan peralatan khas.

“Kira-kira 40 minit kemudian Rayyan dibawa menaiki ambulans Kementerian Kesihatan bersama sebahagian besi itu yang masih berada diperutnya untuk menerima rawatan di Hospital Baling,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI