fbpx
Suspek diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau kelmarin. - Macau Business

Polis Macau cekup remaja Malaysia seludup hampir 9 kilogram ganja 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACAU – Seorang remaja  lelaki warga Malaysia berumur 19 tahun ditahan kerana cuba menyeludup ganja seberat 8.9 kilogram di Macau, lapor portal berita Macau Business. 

Suspek diberkas slepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau kelmarin, demikian menurut polis tempatan. 

“Dadah yang dirampas bernilai sekitar MOP9 juta (RM4.7 juta) di pasaran gelap. 

“Semasa disoal siasat, suspek mengaku dibayar MOP9,547 (RM5,030) oleh pengedar dadah untuk mengangkut bahan terlarang itu ke Hong Kong melalui Macau,” kata polis. 

Polis menemui 16 bungkusan berisi ganja yang dibalut dengan kertas aluminium di dalam bagasi miliknya. 

Suspek turut memberitahu polis bahawa dia bekerja sebagai pekerja penyelenggaran. 

Pejabat Pendakwa Raya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan sumber dadah dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyeludupan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI