fbpx
Wan Rosdy berucap pada Persidangan S-GLC Pahang 2025 di Bertam Resort & Water Park, Pulau Pinang hari ini.

Kerajaan Pahang terima sumbangan S-GLC RM291.76 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PULAU PINANG – Kerajaan Pahang hari ini menerima sumbangan daripada 10 buah syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC) dan badan berkanun secara langsung RM229.945 juta dan secara tidak langsung RM61.023 juta.

Sumbangan terkumpul berjumlah RM291.76 juta pada tahun ini tersebut meningkat berbanding sumbangan RM27.97 juta yang diterima tahun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, komitmen kerajaan negeri adalah untuk memastikan setiap sumbangan yang diterima itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

“Bantuan pelajar, bantuan kepada jemaah, bantuan kepada masjid, yang menunaikan haji, pelajar-pelajar, siswa-siswi yang melanjutkan pelajaran.

“Kita akan cuba pastikan supaya tidak ada rakyat Pahang yang tercicir dan ini adalah selaras dengan semangat Pahang 1st,” katanya ditemui selepas selesai menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan S-GLC Pahang 2025 di Bertam Resort & Water Park di sini hari ini.

Pada majlis itu, Wan Rosdy turut mengumumkan Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) akan menjadi tuan rumah bagi persidangan tahun hadapan selepas Yayasan Pahang mengambil giliran tahun ini.

Tambah beliau, persidangan itu perlu sentiasa ditambah baik dengan idea-idea baharu dan inovatif agar terus relevan sebagai medan perbincangan hala tuju organisasi negeri.

“Mesti ada pembaharuan yang lebih baik dan ini jelas menunjukkan bahawa inovatif kita, inovatif dan jangan kering dengan idea-idea untuk membuat penambahbaikan.

“Saya sangat yakin bahawa PSK akan membuat banyak perubahan yang lebih baik supaya persidangan S-GLC ini menjadi satu persidangan yang kita rasakan persidangan untuk kita semua,” katanya..

Jelas beliau, sebanyak 11 sesi perbincangan diadakan dalam persidangan kali ini yang kesemuanya berpotensi meningkatkan prestasi S-GLC negeri.

“Saya berpesan kepada mereka supaya jangan berada di zon yang selesa kerana keadaan dunia semakin complicated (mencabar), banyak cabaran dan dugaan yang harus kita hadapi.

“Oleh itu mereka kena sentiasa siap siaga, sentiasa menanam benih-benih positif supaya dapat meningkatkan lagi prestasi S-GLC,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN