fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di KL, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang ini.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah manakala di Pulau Pinang, keseluruhan negeri turut terlibat.

Selain itu, Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Pekan dan Rompin, Pahang,” ujarnya.

Amaran di kawasan lain meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi di Johor, kawasan yang terlibat membabitkan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI