fbpx
GAMBAR fail mata wang Singapura. - Foto AFP

Dua wanita cuba simpan lebih RM1 juta wang palsu dalam bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang wanita Indonesia, Col Vinna bersama rakan subahatnya cuba membawa masuk wang tunai berjumlah SGD$450,000 (RM1.47 juta) ke Singapura tanpa membuat pengisytiharan kepada pihak berkuasa, lapor portal berita The New Paper hari ini.

Wang itu terdiri daripada 45 keping wang kertas berdenominasi SGD$10,000 (RM33,000).

Col, 33, mempercayai rakan subahatnya dan menyangka wang itu asli, tetapi rupa-rupanya palsu.

Dia percaya boleh mendapat komisen sehingga SGD$45,000 (RM147,000) daripada rancangan tersebut.

Akhirnya, sebuah mahkamah menjatuhkan denda SGD$16,000 (RM52,000) ke atasnya selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkomplot dengan Sofia Martha untuk membawa masuk wang tunai lebih SGD$20,000 (RM65,000) tanpa mengisytiharkannya.

Sofia, 51, rakan subahatnya telah lebih awal dihukum penjara dua bulan pada Mei lalu atas kesalahan sama. 

Perbuatan mereka terbongkar apabila pegawai sebuah bank mendapati wang kertas yang hendak dideposit itu palsu sebelum memaklumkan kepada polis, pada Januari lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI