fbpx
TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang lelaki yang disyaki salah seorang suspek cuba membuka pintu kereta Tesla yang diletakkan di kawasan Taman Perling, Johor Bahru sebelum kejadian wang tunai RM100,000 dibawa lari sekumpulan individu, Rabu lalu.

Cermin Tesla kena pecah, wang tunai RM100,000 kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berputih mata apabila wang tunai RM100,000 yang diletakkan dalam kereta Tesla miliknya di Taman Perling di sini Rabu lalu dicuri penjenayah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahinder Singh berkata, pihaknya mengesan sebuah video yang tular di laman sosial yang memaparkan beberapa individu memecahkan kereta dan melarikan sejumlah wang tunai.

Menurutnya, mangsa yang berusia 34 tahun tampil membuat laporan polis pada pukul 1.34 tengah hari pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi, 25 September lalu, pengadu (mangsa) meletakkan kenderaannya di kawasan Taman Perling dalam keadaan berkunci.

“Ssemasa hendak menggunakan semula keretanya, mangsa mendapati cermin bahagian pemandu telah dipecahkan. Barang dilaporkan hilang sebuah beg berisi wang tunai RM100,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Balveer berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci mengikut Sesyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri termasuk sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, menerusi rakaman video daripada kereta Tesla milik mangsa menunjukkan beberapa lelaki memakai pelitup muka (mask) menghendap ke dalam kereta yang diparkir.

Tidak lama kemudian, datang kereta Perodua Myvi dan kereta Proton Iswara sebelum seorang lagi lelaki keluar dari kereta Perodua Myvi.

Mereka kemudian meninggalkan lokasi kejadian.

Menerusi kenyataan video yang tular itu, mangsa dikatakan baharu sahaja mengeluarkan wang tunai tersebut dari sebuah bank di Taman Johor Jaya dan mangsa telah diekori suspek sebelum kejadian curi itu berlaku.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI