fbpx
Tangkap layar video menunjukkan tetamu menerima kipas angin ‘berdiri’ di Madura, wilayah Jawa Timur. - TikTok

Tetamu Maulidur Rasul dapat kipas angin ‘berdiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah majlis sambutan Maulidur Rasul di Madura, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila tetamu menerima kipas angin ‘berdiri’ sebagai buah tangan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @tania_0904 beberapa hari lalu menunjukkan tetamu sedang duduk sambil berselawat secara berjemaah. 

Lebih menarik, setiap tetamu dihadiahkan sebuah kipas ‘berdiri’ yang diletakkan di hadapan mereka. 

Kipas tersebut diberikan oleh sepasang suami isteri yang menganjurkan acara tersebut sebagai tanda kesyukuran. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Suami yang tak sertai mesti kena ‘bebel’ dengan isteri,” kata seorang netizen. 

“Orang Madura memang kaya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN