fbpx
Anwar beramah mesra selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Sistem Budi95 mampu proses 30,000 transaksi seminit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan meningkatkan kapasiti pelayan (server) Program Budi Madani RON95 (Budi95) sehingga 10 kali ganda bagi memastikan kelancaran program itu yang akan bermula akhir bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keupayaan sistem baharu itu dijangka mampu memproses sehingga 30,000 transaksi seminit.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peningkatan kapasiti itu dibuat selepas mengambil iktibar daripada masalah teknikal membabitkan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) baru-baru ini.

“Ketika Sara dilaksanakan, kapasiti sistem hanya mampu proses 3,000 transaksi seminit kerana ia dirancang untuk kumpulan lebih kecil.

“Namun, bagi Budi95 server (pelayan) ditingkatkan sehingga 10 kali ganda, iaitu 30,000 transaksi seminit. Ini membolehkan permohonan dan rayuan orang ramai diproses dengan lebih cepat dan lancar,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan harga petrol RON95 pada kadar RM2.60 seliter masih yang paling rendah di rantau ini berbanding Singapura (RM9) dan Thailand (RM4).

Katanya, kadar berkenaan sudah termasuk subsidi sebanyak RM2.50 seliter, manakala subsidi tambahan RM1.99 diberikan melalui sistem MyKad bagi memastikan hanya warganegara Malaysia menikmatinya.

“Warga asing yang berdaftar dengan kenderaan Malaysia masih menikmati harga relatif murah, manakala kenderaan luar negara dikenakan bayaran sehingga RM9.70 seliter,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI