fbpx
Perkahwinan Tengku Amir Shah dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini akan berlangsung pada 2 Oktober di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Foto INSTAGRAM TENGKU AMIR SHAH

Semoga masa depan kita sentiasa indah – Raja Muda Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah menitipkan doa dan harapan agar masa depan baginda bersama pasangan, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz, sentiasa indah dan dilindungi Allah SWT.

Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi baginda, Tengku Amir Shah mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina sentiasa diberkati dengan kebahagiaan, kasih sayang dan kesihatan yang baik.

“Sayang, saya doa semoga masa depan kita sentiasa indah. Moga Allah lindungi kita, tunjukkan jalan yang baik dan penuh cahaya.

“Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat, dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati,” titah baginda.

Dalam pada itu, Tengku Amir Shah turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Selangor atas doa dan sokongan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja.

“Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan.

“Sesungguhnya beta amat bersyukur atas segala ingatan dan doa tulus ikhlas tersebut terutamanya melalui majlis-majlis doa selamat yang telah diadakan di seluruh negeri Selangor bersempena dengan Istiadat Perkahwinan beta dengan Cik Afzaa Fadini,” titip Tengku Amir Shah.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan memaklumkan perkahwinan anakanda baginda, Tengku Amir Shah dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini pada 2 Oktober depan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata, Istiadat Pernikahan Diraja akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.

Kata Mohammad Munir, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan perkahwinan itu pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN