fbpx
NOVA buat keputusan mengejut dengan menamatkan kombinasi Bing Kun-Pei Kee, fokus cari bakat baharu.

Nova pisahkan Bing Kun-Pei Kee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Gabungan beregu campuran negara, Loo Bing Kun-Go Pei Kee akhirnya terhenti di Kejohanan Terbuka Korea selepas ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto mengambil keputusan untuk memisahkan gandingan No. 242 dunia itu.

Menurut Nova, keputusan tersebut terpaksa diambil selepas melihat prestasi yang ditampilkan pasangan berkenaan sudah tidak mampu untuk melangkah lebih jauh berdasarkan hasil perlawanan dan keputusan semasa.

Tegasnya, pentas Terbuka Korea baru-baru ini menjadi aksi terakhir dan penutup karier mereka sebagai gandingan di gelanggang antarabangsa.

“Untuk Pei Kee-Bing Kun, saya rasa saya akan hentikan (gandingan mereka). Kejohanan di Korea adalah yang terakhir. Kerana melihat kepada keputusan serta penampilan mereka juga tidak berapa baik.

“Saya sudah menilai dan melihat gandingan ini sukar untuk pergi lebih jauh,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Selain itu, jurulatih kelahiran Indonesia itu berkata, keputusan untuk menoktahkan gandingan tersebut adalah sebahagian daripada rombakan kecil dalam kem beregu campuran dengan mewujudkan gandingan baharu selepas Kejohanan Remaja Dunia di India bulan depan.

Katanya, buat sementara waktu, Pei Kee akan fokus bersama Teoh Mei Xing dalam acara beregu wanita pada pertandingan akan datang.

“Saya sudah melakukan perbincangan bersama Rexy Mainaky (Pengarah kejurulatihan beregu negara) kerana gabungan Bing Kun-Pei Kee tidak boleh diteruskan. Jadi, lepas ini Pei Kee fokus pada satu acara iaitu beregu wanita,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN