fbpx
Fadillah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Projek Solar Kediaman di bawah Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti di Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Malaysia capai 30 peratus kapasiti tenaga boleh baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Malaysia telah mencapai 30 peratus tenaga boleh baharu (TBB) dalam campuran kapasiti kuasa sekali gus bakal merealisasikan sasaran ditetapkan tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu menghampiri sasaran 31 peratus di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Pencapaian terkini itu membuktikan pelaksanaan NETR berada pada landasan tepat dan kerajaan komited meningkatkan keupayaan tenaga hijau.

“Kita optimis dapat mencapai hala tuju dan sasaran TBB 31 peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya selepas merasmikan Projek Solar Kediaman di bawah Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti (CREAM) di Bandar Elmina di sini, hari ini.

Kata Fadillah, NETR yang dilancarkan pada Julai 2023 berjaya menarik sekurang-kurangnya RM25 bilion pelaburan daripada sektor awam dan swasta setakat ini.

Antara inisiatif utama termasuk peruntukan dana pemangkin RM2 bilion oleh kerajaan Persekutuan, penggubalan Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga 2023 serta pembentangan Rang Undang
-Undang Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

“Selain itu, proses bidaan kompetitif pusingan kelima dan 5+ (plus) bagi penjanaan solar berskala besar berkapasiti 4,000 megawatt (MW) berjaya diselesaikan.

“Pelancaran Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) turut memberi peluang syarikat mendapatkan bekalan elektrik hijau menerusi grid sekali gus memperkukuh penggunaan tenaga hijau,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI