PETALING JAYA – Seorang warga Bangladesh dikenali sebagai Anis mendedahkan dia sudah lebih 10 tahun menetap dan bekerja di Malaysia dengan pendapatan mencecah RM5,000 sebulan.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh SyokGeng di TikTok, Anis berkata, dia bekerja selama 10 jam sehari tanpa cuti dan tidak bercadang untuk pulang ke negaranya.
Dia mengakui lebih selesa mencari rezeki di Malaysia kerana kehidupan di sini dianggap lebih baik berbanding di negara asal.
“Malaysia okey, kerja okey, tidur okey, semua okey. Bangladesh yang tak okey,” katanya.
Video itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk pengguna TikTok menggunakan nama @Homo Sapiens yang dipercayai bertugas sebagai pegawai sumber manusia (HR) untuk pekerja asing.
“Saya HR untuk pekerja warga asing. Memang gaji diorang (mereka) hampir RM5,000 sebulan. Tapi kerja 12 jam sehari, rehat 1 jam, kerja 6 hari seminggu, tak pernah cuti, tak pernah MC (cuti sakit).
“Hari cuti kalau suruh datang kerja pun sanggup datang. Suruhlah kerja apa sekalipun, diorang buat je tak pernah merungut. Kadang-kadang sakit pun datang kerja, tak nak ambil MC,” ujarnya.
Tambahnya, kebanyakan pekerja asing menghantar sebahagian besar gaji mereka ke kampung masing-masing dan sanggup bekerja keras demi keluarga.- KOSMO! ONLINE
@syokgeng Bangla ni gaji rm5,000 guys! Kau hadoooo 🫣😝 #syokgeng #mrsyok #bangla #bangladesh ♬ original sound – SyokGeng