fbpx
Satu rakaman CCTV memaparkan bunyi ketukan jelas kedengaran meskipun tiada sesiapa di luar rumah. - Instagram

Penduduk resah diganggu ketukan misteri tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk beberapa daerah di Sukabumi, wilayah Jawa Timur resah apabila kejadian ketukan pintu misteri kerap berlaku selepas waktu tengah malam, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan sejumlah hantaran media sosial, orang ramai berkongsikan bahawa mereka diganggu oleh bunyi ketukan misteri pada pintu, selain beberapa bunyi aneh lain.

“Ketika saya baru pulang ke rumah sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan), anak saya dan neneknya sudah terjaga kerana mereka terdengar bunyi ketukan sebelum itu,” kata seorang penduduk, Sastra.

Sebilangan penduduk berkata, bunyi itu seperti bunyi pistol, manakala yang lain menyangka bunyi itu seperti seseorang menghentak pintu.

“Jika seseorang mengetuk pintu pada tengah malam, jangan buka pintu (kecuali orang yang anda kenali),” kata hantaran yang ditulis sebagai pesanan.

Situasi itu mencetuskan pelbagai spekulasi, dengan ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik, malah ada yang percaya bahawa ia hasil perbuatan orang yang sengaja mahu mencetuskan ketakutan.

Sehingga kini, tiada penjelasan dikeluarkan mengenai situasi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN