fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran di Threads, kenyataan daripada pihak pengurusan pusat beli-belah.

Jaga kejar pelanggan rakam gambar di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila dihalang pihak keselamatan sebuah pusat beli-belah di Selangor daripada merakam gambar menggunakan telefon bimbit untuk kenangan di media sosialnya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, situasi yang berlaku dua bulan lalu itu dikongsi selepas terdapat pelanggan lain turut dihalang merakam gambar walaupun bukan untuk promosi produk tular di media sosial.

“Selepas membeli barangan dapur, saya tangkap (rakam) gambar di situ, tetapi dikejar pihak security (keselamatan). Ingatkan kamera profesional sahaja tidak dibenarkan, rupa-rupanya telefon pun tak boleh.

“Pusat beli-belah itu sekadar hantar kenyataan di Instagram Story berkaitan rakaman kandungan seperti produk promosi yang memerlukan surat kebenaran.

“Sepatutnya buat kenyataan rasmi, biar semua tahu dan tidak buang masa untuk mereka yang datang semata-mata nak buat ‘content’ (kandungan),” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna berkongsi pengalaman yang sama.

“Nanti bila kedai tak laku dan ramai penyewa (kedai) lari baru nak buat iklan. Interaksi percuma daripada pelanggan macam ini yang pihak pengurusan perlukan sebenarnya,” komen lunar_lullaby161

“Saya rasa itu imej yang pihak pengurusan cuba kekalkan untuk pusat sosial itu. Kalau nak buat rakaman untuk promosi produk atau drama pendek, baru perlukan surat kebenaran sebab melibatkan royalti,” kata Athirah.

“Pihak pengurusan boleh beritahu dan ajar pihak keselamatan untuk bezakan mana satu yang buat  promosi produk atau kandungan untuk media sosial sendiri,” komen munchkinpumpkins – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI