PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda enam negeri hingga 5 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Bentong, Bera, Pekan dan Rompin, Pahang, manakala di Selangor adalah Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Selain itu, seluruh kawasan di WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, manakala di Negeri Sembilan adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta keseluruhan negeri Johor,” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE