fbpx
CRISTIANO Ronaldo memakai pakaian tradisional Arab Saudi. - Foto Instagram

Cristiano Ronaldo pakai jubah Arab, bawa pedang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIYADH – Bintang bola sepak kelab Al Nassr, Cristiano Ronaldo mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Arab Saudi kepada para peminatnya, lapor portal berita Al Arabiya kelmarin.

Dia yang juga bintang bola sepak Portugal turut menyampaikan mesej kebanggaan, perpaduan dan perayaan di akaun Instagram miliknya.

“Selamat Hari Kebangsaan Arab Saudi kepada semua (penduduk) di Arab Saudi! Semoga hari anda dipenuhi dengan kebanggaan, perpaduan dan perayaan bersama orang tersayang,” kata bintang Al Nassr itu dalam hantarannya.

Mesejnya itu meraih jutaan tanda suka dalam masa hanya beberapa jam.

Mengenakan pakaian tradisional Arab Saudi, Ronaldo berpakaian jubah putih sambil memegang sebilah pedang di tangan kanannya dan memakai selendang bertulis ‘Hari Kebangsaan Arab Saudi’ di lehernya.

Bintang Portugal itu juga berkongsi gambar bersama ketua jurulatih kelab bola sepak Al Nassr, Jorge Jesus yang turut mengenakan pakaian tradisional.

Dalam mesej video, Ronaldo menyifatkan Arab Saudi sebagai tempat yang hebat untuk didiami sambil memuji persekitaran selamat, bola sepak yang kompetitif dan sektor pelancongan yang semakin berkembang di negara tersebut.

“Saya suka berada di sini, keluarga saya juga suka berada di sini. Ia sebuah negara yang hebat,” kata bintang bola sepak itu.

“Mereka yang belum mengenali Arab Saudi patut datang melawat kerana pelancongannya sangat menarik dan budayanya luar biasa,” ujarnya.

Arab Saudi menyambut Hari Kebangsaan ke-95 kelmarin, dengan rakyat serta penduduk seluruh negara menikmati cuti umum. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN