fbpx
Tinjauan pemberita di kaunter JPJ Negeri Sembilan hari ini.

Budi95: Suri rumah perbaharui lesen selepas 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang suri rumah hari ini memperbaharui lesen memandunya yang telah tamat tempoh dua tahun lalu bagi menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95).

Suzana Mohd. Sharif, 55, berkata, dia tidak sedar lesen memandunya telah tamat tempoh sejak 31 Ogos 2023 kerana sudah jarang memandu kereta.

“Sejak suami pencen, dia yang memandu dan saya hanya duduk di sebelah, itu yang tidak ingat rupa-rupanya lesen belum diperbaharui.

“Semalam pula ada pengumuman kata lesen memandu aktif baharu boleh dapat inisiatif Budi Madani RON95, saya risau kalau lebih tiga tahun kena ambil lesen memandu semula,” katanya ketika ditemui di Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Senawang di sini hari ini.

Tinjauan di kaunter JPJ Negeri Sembilan hari ini mendapati keadaan masih terkawal dan orang ramai dijangka mula memenuhi kaunter JPJ hujung minggu ini.

Pekerja khidmat penyelenggara penapis air, Hazlina Abu Bakar, 38, berkata, sebelum ini dia telah disenarai hitam akibat disaman JPJ kerana memandu tanpa cukai kenderaan dan perlu menunggu keputusan di mahkamah.

“Rasanya baru bulan lepas kes saya selesai di mahkamah, jadi saya kena keluarkan lesen memandu daripada senarai hitam JPJ.

“Hari ini saya datang ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu. Perkara ini perlu diselesaikan juga kerana jika tidak, saya terpaksa membayar kos petrol RM2.60 seliter,” katanya.

Hazlina berkata, subsidi itu amat diperlukan bagi meringankan kos pengangkutannya yang selalu bergerak ke rumah pelanggan dan dalam sebulan, dia memperuntukkan kira-kira RM500 untuk petrol.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN