fbpx
Anwar ketika menerima kunjungan Jamieson Greer di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar mahu percepat perjanjian perdagangan dengan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) untuk segera memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang sedang dirundingkan.

Katanya, perjanjian itu bukan sahaja memberi manfaat kepada hubungan dua hala, malah akan membantu menentukan hala tuju dasar serta perancangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer dan delegasinya pagi tadi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan di Kuala Lumpur.

“Malaysia sebagai negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua rakan perdagangannya, sekali gus mendorong pertumbuhan ekonomi domestik yang mapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertemuan tersebut turut menyentuh mengenai hubungan strategik Malaysia-AS serta kerjasama perdagangan dalam konteks ASEAN.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI