fbpx
Azam (kiri), Dr. Mahathir

Siasatan aset Tun M diperluas ke Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan kes berkaitan aset dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diperluas ke Switzerland selepas United Kingdom (UK).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ketika ini, pihaknya sedang bekerjasama untuk mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa dari kedua-dua negara tersebut.

“Kita juga melihat negara lain seperti Switzerland. (Ketika ini) kami masih lagi berkolaborasi dengan pihak berkuasa di UK antaranya IACCC (International Anti-Corruption Coordination Centre), salah satu pihak berkuasa yang membantu kami sekiranya ada apa-apa aset melibatkan Tun Mahathir, namun masih belum ada perkembangan,” katanya.

Azam berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan siasatan kes melibatkan Dr. Mahathir selepas menghadiri ‘Integrity and Leadership Day 2025’ di Universiti Multimedia di sini hari ini.

Sebelum ini, pada April 2024, Azam dilaporkan berkata, Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI