fbpx
JALAN berlubang sedalam 50 meter terbentuk di Bangkok. - Foto Pentadbiran Metropolitan Bangkok

[VIDEO] Lubang benam gergasi gemparkan penduduk Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sebahagian Jalan Samsen di hadapan Hospital Vajira, Bangkok mendap pagi ini, membentuk sebuah lubang benam besar sedalam kira-kira 50 meter, lapor laman berita Bangkok Post. 

Namun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.13 pagi (waktu tempatan) dengan lubang benam dianggarkan berukuran 30 meter lebar dan 30 meter panjang. 

Ia terbentuk betul-betul di atas permukaan stesen kereta api bawah tanah Hospital Vajira.

Laluan trafik antara persimpangan Vajira dan Sanghi ditutup atas faktor keselamatan, demikian menurut Pejabat Daerah Dusit.

Perkhidmatan pesakit luar di hospital kerajaan itu digantung, manakala kira-kira 3,500 pesakit telah dipindahkan dari bangunan berdekatan. 

Laporan awal menunjukkan struktur hospital tidak mengalami kerosakan.

Penduduk di bangunan apartmen berdekatan juga diarahkan untuk berpindah.

Dua tiang elektrik dan sebuah kenderaan polis jatuh ke dalam lubang benam itu selepas kejadian tersebut. 

Pegawai-pegawai daripada Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan (MEA) berada di lokasi untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan.

Kawasan tersebut sebelum ini ditutup kerana pembinaan Laluan Ungu Transit Rapid Massa (MRT) sambungan Tao Poon ke Rat Burana.

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan punca kejadian mendap itu. 

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt bersama pasukan pegawai sedang melakukan pemeriksaan di lokasi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN