fbpx
EMMANUEL Macron menelefon Trump di tepi jalan raya New York. - Foto Brut

Konvoi Trump halang Presiden Perancis lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Persaingan antara Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tercetus di tengah jalan di New York dengan cara yang tidak dijangka, lapor laman berita Fox News semalam.

Dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Macron secara rasmi mengumumkan pengiktirafan Perancis terhadap negara Palestin.

Trump pula mengecam pengiktirafan itu dengan menyifatkannya sebagai ganjaran kepada Hamas yang menurutnya, hanya akan memanjangkan konflik Asia Barat.

Namun, di luar pentas PBB, kedua-dua Presiden itu bertembung dalam satu detik luar biasa apabila seorang pegawai polis menghalang pergerakan Macron di lintasan pejalan kaki ketika kenderaan Trump melalui Manhattan.

“Maaf, Presiden, semuanya ditutup, konvoi kenderaan (Trump) sedang bergerak sekarang,” kata seorang pegawai polis kepada Macron. 

Macron yang kelihatan kecewa membalas: “Kalau anda tidak nampak, biarkan saya melintas.”

Dengan jalan masih ditutup, Macron terus menelefon Trump. 

Menurut satu video tular di media sosial, Presiden Perancis itu berkata kepada Trump: “Agak-agaklah, saya terpaksa menunggu di jalan kerana anda.” 

Hanya selepas panggilan telefon daripada Macron itu, jalan raya dibuka semula. 

Macron kemudian berjalan kaki di sekitar bandar raya itu hampir setengah jam, sambil diekori orang ramai yang berhenti untuk merakam swafoto dengannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI