fbpx
Satu daripada bot yang membawa sukarelawan misi GSF berlayar ke Gaza dari Barcelona, Sepanyol baru-baru ini. – Foto AFP

‘Kami tidak akan dibisukan, kami akan terus belayar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus belayar ke Gaza walaupun sedang berdepan dengan intimidasi oleh pihak Israel.

GSF menegaskan, operasi psikologi oleh Israel tidak akan membuatkan mereka gentar, sebaliknya menjadikan pasukan itu lebih kuat berbanding sebelumnya.

“Tindakan melampau yang dilakukan Israel dan sekutunya untuk meneruskan kebuluran dan genosid di Gaza amat menjijikkan.

“Taktik ini tidak akan menghalang misi kami untuk menghantar bantuan ke Gaza dan memecahkan sekatan haram.

“Setiap cubaan menakut-nakutkan hanya menguatkan lagi komitmen kami. Kami tidak akan dibisukan, kami akan terus belayar,” kata GSF dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, GSF berdepan cubaan intimidasi apabila lebih 15 dron berlegar rendah di atas bot Alma dan beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean.

Lapan letupan udara yang dipercayai sebagai ugutan terbuka terhadap pelayaran itu turut didengari selain berlaku gangguan terhadap sistem komunikasi.

Menurut Laporan Situasi (SITREP) dikeluarkan Sumud Nusantara Command Center – MAPIM Central pukul 6.15 pagi tadi, gangguan itu berlaku ketika flotilla berada di zon kelabu, perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.

Pihak sekretariat percaya gangguan keempat dron-dron berkenaan digunakan bagi mengumpul maklumat risikan dan menakutkan pasukan flotilla.

Lebih 500 sukarelawan GSF daripada 45 negara termasuk 34 delegasi dari Malaysia menaiki 53 buah kapal bagi bersama tiga kapal pemerhati menuju ke Semenanjung Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN