fbpx
Gambar fail durian Musang King. - Foto AFP

Jual Musang King 2 tan dapat pulangan RM32,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Buah durian Musang King gred tertinggi kini dijual pada harga 220,000 dong (RM35) hingga 280,000 dong (RM45) sekilogram, hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu, lapor laman berita VnExpress semalam.

Harga di peringkat ladang juga meningkat, dengan kebun di bandar Can Tho, wilayah Dak Lak dan Tien Giang menjual buah itu pada harga 140,000 dong (RM22) sekilogram.

Seorang penanam durian, Mai berkata, walaupun hasil tahun ini meningkat 20 peratus, buah gred 1 (gred tertinggi) tetap sukar diperoleh.

“Buah berkualiti rendah pula dijual pada harga 100,000 dong (RM16) sekilogram, meningkat 25 peratus,” katanya. 

Tahun ini, dia menuai dan menjual 2 tan durian dengan hasil 200 juta dong (RM32,000).

“Pokok Musang King susah dijaga, jadi kebun mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai pulangan modal,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN