fbpx
Trump menunjuk kepada hadirin selepas menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung PBB di ibu pejabat PBB di Bandar Raya New York semalam. - AFP

Eskalator terhenti, teleprompter rosak, Trump sindir PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, New York – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengalami nasib tidak baik semasa lawatan ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam apabila eskalator yang dinaikinya bersama Wanita Pertama, Melania Trump tiba-tiba berhenti berfungsi.

Keadaan lebih buruk apabila alat teleprompter yang digunakan ketika ucapan beliau turut mengalami masalah.

“Sesiapa yang mengendalikan teleprompter ini, anda akan menghadapi masalah besar,” kata Trump.

Beliau kemudian meneruskan ucapan dengan mengaitkan kedua-dua insiden itu dengan apa yang disifatkan sebagai ‘sebilangan kegagalan PBB’, termasuk kekurangan sokongan untuk usaha damainya dalam beberapa siri konflik.

“Saya menamatkan tujuh peperangan, berurusan dengan pemimpin setiap satu daripada negara itu, namun tidak pernah menerima panggilan telefon daripada PBB,” kata Trump.

“Apa yang saya dapat daripada PBB hanyalah sebuah eskalator yang rosak semasa menaikinya, berhenti betul-betul di tengah-tengah. 

“Jika Wanita Pertama tidak berada dalam keadaan yang baik, beliau pasti jatuh. 

“Ini adalah dua perkara yang saya dapat daripada PBB, eskalator yang teruk dan teleprompter yang bermasalah. Terima kasih banyak-banyak,” kata Trump.

Susulan kejadian itu, White House berkata, siasatan telah dilancarkan untuk menentukan sama ada eskalator itu dihentikan dengan sengaja untuk mengaibkan Trump.

“Sekiranya kita mendapati bahawa mereka adalah PBB dan kakitangan yang sengaja cuba mengaibkan Presiden dan Wanita Pertama AS, mereka akan dipertanggungjawabkan,” kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.

Sementara itu, jurucakap PBB berkata, insiden itu berlaku kerana seseorang di hadapan Trump secara tidak sengaja menyalakan mekanisme keselamatan pada eskalator, menyebabkan ia ditutup. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN