fbpx
Gambar hiasan.

‘Apa kata beli minyak peket, beras tempatan juga guna MyKad’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Langkah Kerajaan menggunakan kad pengenalan (MyKad) untuk membeli minyak petrol RON95 disambut baik masyarakat bagi memastikan subsidi bersasar dinikmati hanya kepada rakyat di negara ini.

Malah, ada segelintir netizen mereka mahu perkara itu turut digunakan untuk membeli barangan bersubsidi lain seperti minyak masak peket, gas petroleum cecair (LPG) dan juga beras tempatan.

Ini kerana dakwa mereka, selain minyak petrol RON95 yang telah ‘dijarah’ warga asing, barangan subsidi lain juga sewenang-wenangnya digunakan golongan tersebut sedangkan rakyat tempatan sukar memperolehinya.

Berdasarkan perkongsian oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Bob Yp, ini adalah masa sesuai untuk kerajaan mempertimbangan cadangan tersebut.

“Dah alang-alang nak guna ic (MyKad) untuk beli petrol, why not implement (kenapa tidak kita laksanakan sekali) untuk beli beras tempatan dan barangan yang bersubsidi.

“Asal beras sampai dan minyak paket sampai, warganegara lain yang bolot,” tulisnya di laman Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju dengan cadangan tersebut kerana mereka mengakui barangan bersubsidi lain turut dinikmati oleh warga asing.

“Apa kata selepas ini nak beli minyak masak peket, gas LPG dan beras tempatan juga kena guna ic (MyKad), dah berbulu mata tengok warga asing beli barangan bersubsidi. Dah lah mereka tidak bayar cukai,” kata Alis_45.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wakdi Wakpeace.

“Betul, sangat setuju, warga asing lagi banyak guna barang-barang itu dari petrol atau diesel,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN